HILANG SUDAH PERMATA SKMJ

>> Monday, July 27, 2009

Tanggal 24 Julai 2009, warga SKMJ kehilangan seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru yang dimaksudkan ialah Ustazah Zainun bt Abd Majid yang telah bersara. Beliau merupakan seorang guru yang telah banyak membantu dari segi buah fikiran, tenaga dan kewangan khususnya kepada program j-QAF. Persaraan beliau merupakan satu kesedihan bagi kami yang kehilangan rakan sejawat yang telah kami anggap sebagai ibu yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program j-QAF.

Kalau berjalan ke Sungai Pasu
Jangan lupa ke gerai baulu
Ustazah Zainun suaranya merdu
budi baiknya dikenang selalu

Majlis perpisahan disambut meriah
Walaupun hati terasa gundah
Kenangan bersamamu sungguh indah
Tak sanggup rasanya untuk berpisah

Salam sayang dari kami
Unit j-QAF mengundur diri
moga kita bersua lagi
di gerai baulu menggamit hati

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP