PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR & P3

>> Monday, July 27, 2009

Murid-murid SKMJ sedang menjalani peperiksaan iaitu bermula 28 Julai 2009 sehingga 30 Julai 2009. Selamat berjaya diucapkan kepada murid-murid SKMJ yang sedang menghadapi peperiksaan. Kepada murid tahun enam Unit j-QAF berdoa kalian boleh menjawab dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Moga kecemerlangan sentiasa mengiringi kalian semua.

Read more...

HILANG SUDAH PERMATA SKMJ

Tanggal 24 Julai 2009, warga SKMJ kehilangan seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru yang dimaksudkan ialah Ustazah Zainun bt Abd Majid yang telah bersara. Beliau merupakan seorang guru yang telah banyak membantu dari segi buah fikiran, tenaga dan kewangan khususnya kepada program j-QAF. Persaraan beliau merupakan satu kesedihan bagi kami yang kehilangan rakan sejawat yang telah kami anggap sebagai ibu yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program j-QAF.

Kalau berjalan ke Sungai Pasu
Jangan lupa ke gerai baulu
Ustazah Zainun suaranya merdu
budi baiknya dikenang selalu

Majlis perpisahan disambut meriah
Walaupun hati terasa gundah
Kenangan bersamamu sungguh indah
Tak sanggup rasanya untuk berpisah

Salam sayang dari kami
Unit j-QAF mengundur diri
moga kita bersua lagi
di gerai baulu menggamit hati

Read more...

MAJLIS KHATAM QURAN PERINGKAT DAERAH RAUB

>> Tuesday, July 7, 2009

Majlis Khatam Quran peringkat Daerah Raub akan diadakan pada 21 Julai 2009 bertempat di SK Mahmud, Raub. Acara dipertandingkan ialah Kalam Jamaie, Dikir Barat Bahasa Arab, Tilawah al-Quran dan Kuiz. Semoga kejayaan yang cemerlang mengiringi anak didik j-qaf skmj.
Kepada sahabat-sahabat j-QAF daerah Raub, semoga majlis yang kita laksanakan akan berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan manis buat kita dan warga PPD Raub. Amiin.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP