SELAMAT BERCUTI

>> Tuesday, November 17, 2009

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SKMJ dan rakan- rakan yang lain. semoga cuti kali dapat kita dapat melakukan banyak perkara yang berfaedah dan mendapat ketengan jiwa.

Read more...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

>> Monday, September 14, 2009

Kami warga j-QAF SKMJ mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada Guru Besar SKMJ, warga pendidik SKMJ, kakitangan sokongan, murid-murid dan semua yang membaca blog ini. Namun begitu terasa sedih dihati kerana Ramadhan yang banyak keberkatan ini akan ditingggalkan. mungkinkah kita akan bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan?

Read more...

UPSR 2009

>> Monday, September 7, 2009

Kami warga j-QAF SKMJ mengucapkan selamat menghadapi UPSR kepada murid Tahun 6 SKMJ. Semoga kalian semua dapat menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. amiin.


YAKIN SUKSES

Read more...

TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN

>> Monday, August 31, 2009

Panitia Agama Islam SKMJ akan melaksanakan program tadarus al-Quran. Program ini melibatkan murid tahun 2- 6 yang telah khatam al-Quran dan murid yang telah mencapai bacaan sehingga juz 27. Program ini akan diadakan pada waktu persekolah iaitu pada waktu rehat. Semoga fasilitator dan murid yang terpilih dapat memberikan kerjasama yang jitu. Insya Allah.

Read more...

SOLAT HAJAT SKMJ KALI KETIGA

Majlis solat hajat kali ketiga peringkat Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 September 2009
Hari: Khamis
waktu : 6.00 petang
Sasaran: Guru-guru SKMJ, Murid-murid tahun 6 dan ibu bapa murid tahun 6.

Diharapkan semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama demi kecemerlangan murid tahun 6 SKMJ dalam UPSR yang akan berlangsung minggu hadapan.

Read more...

PROGRAM TASMIK j-QAF

Makluman tentang perubahan waktu tasmik sepanjang bulan Ramadhan.
Hari: SELASA, RABU & KHAMIS
Waktu: 1.00- 2.00 TENGAH HARI (SELASA)
12.30 - 1.30 TENGAH HARI (RABU & KHAMIS)

Diharapkan semua murid dapat hadir ke kelas tasmik ini. semoga kita sama-sama dapat memperbanyakkan amalan yang baik di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Read more...

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan hari kemerdekaan yang ke-52 kepada semua rakyat Malaysia. Sekiranya diikutkan umur manusia, ia sudah menjadi manusia yang matang, namun matangkah rakyat Malaysia yang sudah menyambut 52 tahun kemerdekaan?
Fikir-fikirkanlah......

Read more...

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR & P3

>> Monday, July 27, 2009

Murid-murid SKMJ sedang menjalani peperiksaan iaitu bermula 28 Julai 2009 sehingga 30 Julai 2009. Selamat berjaya diucapkan kepada murid-murid SKMJ yang sedang menghadapi peperiksaan. Kepada murid tahun enam Unit j-QAF berdoa kalian boleh menjawab dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Moga kecemerlangan sentiasa mengiringi kalian semua.

Read more...

HILANG SUDAH PERMATA SKMJ

Tanggal 24 Julai 2009, warga SKMJ kehilangan seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru yang dimaksudkan ialah Ustazah Zainun bt Abd Majid yang telah bersara. Beliau merupakan seorang guru yang telah banyak membantu dari segi buah fikiran, tenaga dan kewangan khususnya kepada program j-QAF. Persaraan beliau merupakan satu kesedihan bagi kami yang kehilangan rakan sejawat yang telah kami anggap sebagai ibu yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program j-QAF.

Kalau berjalan ke Sungai Pasu
Jangan lupa ke gerai baulu
Ustazah Zainun suaranya merdu
budi baiknya dikenang selalu

Majlis perpisahan disambut meriah
Walaupun hati terasa gundah
Kenangan bersamamu sungguh indah
Tak sanggup rasanya untuk berpisah

Salam sayang dari kami
Unit j-QAF mengundur diri
moga kita bersua lagi
di gerai baulu menggamit hati

Read more...

MAJLIS KHATAM QURAN PERINGKAT DAERAH RAUB

>> Tuesday, July 7, 2009

Majlis Khatam Quran peringkat Daerah Raub akan diadakan pada 21 Julai 2009 bertempat di SK Mahmud, Raub. Acara dipertandingkan ialah Kalam Jamaie, Dikir Barat Bahasa Arab, Tilawah al-Quran dan Kuiz. Semoga kejayaan yang cemerlang mengiringi anak didik j-qaf skmj.
Kepada sahabat-sahabat j-QAF daerah Raub, semoga majlis yang kita laksanakan akan berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan manis buat kita dan warga PPD Raub. Amiin.

Read more...

Formula Kejayaan

>> Tuesday, June 23, 2009

Seorang sahabat yang cemerlang pernah bercerita tentang kebolehan dan kehebatannya mendapat kejayaan cemerlang sebagai pendidik. Beliau berkata telah menggunakan formula kejayaan iaitu Ability + Effort + Attitude = Result. Attitude atau sikap sangat penting. Sikap kita mesti sentiasa positif, seperti lagu yang pernah dimainkan di televisyen:

Jika kau fikir kau boleh, kau hampir boleh melakukan
Jika engkau ragu-ragu, kerja kau tak menentu
Jika kau fikir kekalahan, kau hampiri kegagalan,
Jika kau fikir kemenangan, kau hampiri kejayaan
Kaulah apa yang kau fikir.....

Sikap yang positif juga hendaklah disertai dengan keyakinan dan doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Coretan di atas merupakan motivasi kepada kita untuk berjaya sebagai pendidik dalam mendidik murid-murid cemerlang dunia akhirat.

Read more...

TAKLIMAT EPELAPORAN j-QAF 2009

>> Wednesday, June 17, 2009

Taklimat Epelaporan j-QAF 2009 peringkat Daerah Raub telah dilaksanakan pada 17 jun 2009. Terdapat penambahbaikan dalam Epelaporan tahun ini yang perlu kita ketahui. Mulai 18 - 30 Jun adalah masa yang diberikan untuk kita melaksanakan ujian penilaian jawi, ujian tilawah al-Quran, Bahasa Arab dan mengisi data dalam epelaporan . Oleh itu disarankan kepada semua guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF yang terlibat dalam pengisian data epelaporan melaksanakan tugas ini dengan tulus, tepat dan betul. Semoga keputusan dalam epelaporan dapat kita jadikan panduan untuk kita memantapkan dan memperkasakan Pendidikan Islam seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang dunia akhirat.


Read more...

e-Pelaporan j-QAF 2009

>> Monday, May 25, 2009

Kepada semua Guru-Guru Jqaf yang belum mempunyai e-pelaporan sila download e-Pelaporan j-QAF 2009.

Selamat mendownload.

PANORAMA PAGI DI SKMJ

Read more...

PEPERIKSAAN P2 PERTENGAHAN TAHUN SKMJ

>> Sunday, May 24, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun Sedang Dijalankan Pada Hari ini 25 Mei 2009-29 Mei 2009 .Selamat Menjalani Peperiksaan Kepada Semua Pelajar SK Muhammad Jabar.Kepada Semua Pelajar Jawab dengan betul.


Read more...

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SK MUHAMMAD JABAR DAN SELURUH GURU-GURU DI MALAYSIA



Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Read more...

GURU jQAF skmj

Read more...

Selamat Melayari Laman Blog JQaF SKMJ

Selamat Datang dan selamat melayari laman Blog JQaF SK Muhammad Jabar  Ini.

Read more...

LAMAN BLOG INI AKAN DISERAHKAN KE Jqaf SKMJ

saalam dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ana selaku webmaster skmj dengan ini menyerahkan dengan rasminya blog ini ke Blogmaster JQaf .....anda semua uruskan lah amanah untuk menjaga,mengupdate,mengakses dan memurnikan blog ini 

Read more...

Video Majlis Bacaan Selawat Sempena Majlis Khatam Al-Quran SKMJ 2008 Yang Lalu

Salam semua..rasanya tidak salah sekiranya saya meletakkan video rakaman majlis khatam al-quran SK Muhammad Jabar tahun 2008 yang lalu .terima kasih kepada semua GPI dan Guru JQAF SKMJ dalam menjayakan majlis tersebut.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP