TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN

>> Monday, August 31, 2009

Panitia Agama Islam SKMJ akan melaksanakan program tadarus al-Quran. Program ini melibatkan murid tahun 2- 6 yang telah khatam al-Quran dan murid yang telah mencapai bacaan sehingga juz 27. Program ini akan diadakan pada waktu persekolah iaitu pada waktu rehat. Semoga fasilitator dan murid yang terpilih dapat memberikan kerjasama yang jitu. Insya Allah.

Read more...

SOLAT HAJAT SKMJ KALI KETIGA

Majlis solat hajat kali ketiga peringkat Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 3 September 2009
Hari: Khamis
waktu : 6.00 petang
Sasaran: Guru-guru SKMJ, Murid-murid tahun 6 dan ibu bapa murid tahun 6.

Diharapkan semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama demi kecemerlangan murid tahun 6 SKMJ dalam UPSR yang akan berlangsung minggu hadapan.

Read more...

PROGRAM TASMIK j-QAF

Makluman tentang perubahan waktu tasmik sepanjang bulan Ramadhan.
Hari: SELASA, RABU & KHAMIS
Waktu: 1.00- 2.00 TENGAH HARI (SELASA)
12.30 - 1.30 TENGAH HARI (RABU & KHAMIS)

Diharapkan semua murid dapat hadir ke kelas tasmik ini. semoga kita sama-sama dapat memperbanyakkan amalan yang baik di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Read more...

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan hari kemerdekaan yang ke-52 kepada semua rakyat Malaysia. Sekiranya diikutkan umur manusia, ia sudah menjadi manusia yang matang, namun matangkah rakyat Malaysia yang sudah menyambut 52 tahun kemerdekaan?
Fikir-fikirkanlah......

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP